NILAI(7) GAGASAN 1 MALAYSIA: Pendidikan

Posted by fasihah | Posted in | Posted on 11:41 PM


Ini merupakan nilai yang ketujuh bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai pendidikan.


Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai
kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari
segala-galanya.

Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa
terbuka.

Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.

Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.

Sumber:
www.1Malaysia.com.my
Akhbar-akhbar tempatan

Comments (0)

Post a Comment