NILAI(5) GAGASAN 1 MALAYSIA: Kesetiaan

Posted by fasihah | Posted in | Posted on 11:16 PM


Tiba juga kita pada nilai yang kelima Gagasan 1 Malaysia iaitu nilai kesetiaan.

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.

Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin satu ikatan antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian
dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.

Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

Sumber:
www.1Malaysia.com.my
Akhbar-akhbar tempatan

Comments (0)

Post a Comment