REALITI vs FANTASI

Posted by fasihah | Posted in | Posted on 9:08 PM


Izinkan roh pemikiran mahasiswa ini didengari!

Tika layar perak gah mengangkat tirainya, aktor-aktor seni akan mempamerkan aksi mereka. Bakat mereka memang tidak boleh disangkal lagi. Mereka beraksi seperti singa lapar yang sedang membaham mangsa, sungguh bersemangat. Pentas dijadikan medan luahan hati para aktivis seni. Segala ragam kehidupan diadaptasikan di sini. Amat menakjubkan.

Para penonton berjaya dipukau. Jiwa mereka diterjah dengan pelbagai perasaan. Sedih, gembira, hiba, seram, suspen dan segalanya digaul sebati dalam satu jiwa. Inilah yang dinamakan sebagai panahan fantasi. Saya percaya anda juga pernah berada dalam situasi tersebut. Tidak cukup dengan pengalaman ketika menonton, jiwa teruja tadi turut dicanang kepada kenalan terdekat. Bertapa hebatnya penguasaan cerita itu.

Persoalannya di sini, adakah cerita itu layak dinobatkan sebagai sebuah cerita yang berkualiti? Saya beranggapan anda lebih arif untuk membuat penilaian. Memang tidak dinafikan bahawa, sebuah cerita yang unggul juga dinilai dari sudut jalan cerita, kaedah penyampaian serta teknologi grafik. Satu perkara yang sering terlepas pandang adalah penerapan nilai insaniah yang bakal dipertontonkan.

Amat menghampakan apabila penerapan akhlak yang mulia tidak dititikberatkan. Alasannya, cerita yang kurang mengandungi kontroversi sukar mencuri hati para penonton. Mereka menganggap pakaian menjolok mata, aksi kurang sopan, pergaulan bebas yang terlampau adalah aset utama sesebuah cerita. Adakah pengarang kehabisan idea sehingga sanggup mengutip sentimen-semtimen murahan supaya mendapat tempat di hati penonton. Hasilnya, sebuah masyarakat yang kurang bermoral berjaya dibentuk.

Rentetan dari itu, kita mengharapkan sensitiviti masyarakat terutamanya golongan generasi pelapis bagi melontarkan pendapat atau cadangan serta kritikan membina melalui saluran yang betul bagi memupuk kesedaran masyarakat terhadap isu ini. Anda merupakan generasi yang terdidik dengan ilmu penuh di dada, bertindaklah sebelum terlambat. Bukanlah niat kita untuk mencari kesalahan orang lain, cukup sekadar membantu membaikpulih kerompongan yang ada.

Wasalam.

Comments (1)

Salam...saya setuju dengan pendapat saudari..nilai etika yang diterapkan oleh barat telah digunakan secara menyeluruh di dalam industri perfileman negara kita..persoalannya, sampai bila nilai etika yang diterapkan oleh barat ini hendak digunakan?dan bila pula nilai etika seorang melayu yang beragama islam hendak diterapkan dalam industri perfileman di negara kita mahupun dalam industri perfileman di negara2 barat?fikir2kanlah wahai pembikin2 filem sekalian...

Post a Comment