Posted by fasihah | Posted in bitara | Posted on 11:52 PM
Nilai yang terakhir bagi Gagasan 1 Malaysia iaitu yang kelapan adalah integriti.
Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.
Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.
Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.
Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi.
Sumber:
www.1Malaysia.com.my
Akhbar-akhbar tempatan